Followers

Tuesday, October 5, 2010

Hari Raya 2010


Berhari raya di rumah mertua di Bandar Tenggara, Kulai



Beraya di rumah mertua di Rawang

Tuesday, July 20, 2010

Memori Gambar-gambar Kahwin


Mohd Irwan Mohd Isa & Noorwaheeda Che Mohd Asaari
27.11.2010


Norshafareena Mohd Isa &
08.10.2010


Mohd Rafizan Mohd Pauzi & Hasnawati Salleh




Siti Nirwana Mohd Saree & Zainurrahim Zainuddin
08.08.2008




Siti Ruhaina Jaidi & Aksar Adha Amat Khalid
06.08.2005

Monday, July 5, 2010

Siti Ruhaina Jaidi & Aksar Adha Amat Khalid

Siti Ruhaina @ maksu @ aku dilahirkan pada 19/12/1979, merupakan anak bongsu. Mempunyai personaliti yang ceria dan peramah. Hobi aku menyanyi dan mejahit tapi tak sepandai dan seterror kakak-kakakku manjahit.

Mohd Hasri Jaidi & Yahida Asmasuzi Abdullah



Intan Hadiyana Jaidi & Mohd Isa Yusop


Anak ke-13 dalam ahli keluarga ni diberi nama Intan Hadiyana. Nama dialah antara nama yang agak moden (ehmmm cam jeles je)dan dilahirkan pada 13/07/1975. Masa kecik hinggalah kebesar tak pernah dia ni kurus sehingga digelar Intan gemok. Tapi 2 tahun kebelakangan ni dia tiba-tiba je kurus hasil dari diet yang dilakukannya. Ramai yang tak caya tp itulah rialitinya (huhu jelesnya aku). Sudah pun berumahtangga dengan kekasih hatinya.


Mohd Isa Yusop nilah suami kak Intan ni. Dilahirkan di Telok Intan (nama intan lagi) pada 28/05/1974, merupakan anak bongsu dari 4 adik beradik yang kesemuanya lelaki. Hasil perkahwinan mereka lahirlah 3 orang cahaya mata yang comel dan putih gebu yang kesemuanya lelaki.


Anak pertama mereka, Mohd Arif seorang yang "comel" dan merupakan seorang abang yang sangat sayangkan adik-adiknya. Dilahirkan pada 06/05/2003 di hospital kajang secara caserian kerana kedudukan yang songsang. Arif memiliki kebijaksanaan dalam berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Mama dan abahnya kadangkala pening nak bercakap dengan dia.

Anak kedua pula Mohd Airil, dilahirkan pada 31/05/2006 juga secara caserian kerana kedudukannya juga songsang. Seorang yang sangat aktif dan juga kuat merajuk dan mengamuk (biasalah budak nak membesar).

Anak ketiga ini pula telah dilahirkan selepas setahun abangnya lahir iaitu pada 00/00/2007 juga secara caserian. Ketika dia masih bayi, rupanya seperti perempuan, mungkin sebab mamanya memang teringinkan anak perempuan. Tapi sekarang terserlah wajah kelakiannya dengan sedikit iras-iras anak myanmar..hehehe. Seorang kanak-kanak yang juga sangat aktif tapi kurang bercakap tapi sekali menjerit 1 taman perumahan boleh dengar.

Mohd Rahim Jaidi & Nor Haslina Hashim

Mohd Rahim Bin Jaidi

Isteri : Norhaslina Bt Hashim - 1977
Anak : Siti Noraihan Bt Mohd Rahim
Siti Norhidayah Bt Mohd Rahim
Mohd Zulhaikal Bin Mohd Rahim
Mohd Raziq Aiman Bin Mohd Rahim

Ahmad Saruji Jaidi & Hanizan Ismail



Mohd Saruji Bin Jaidi
Isteri : Hanizan Bt Ismail
Anak : Mohd Syafiq Bin Ahmad Saruji
Nurina Syafiqah Bt Ahmad Saruji
Nurdini Syafiqah Bt Ahmad Saruji

Saniah Jaidi & Zulkipli Shahdan





Jamhuri Jaidi & Fauziah Ghahlan

Zainap Jaidi & Mohd Saree Omar


Zainap merupakan anak ke-5 juga merupakan juga seorang yang agak pendiam dan dia juga mempunyai kemahiran menjahit. Merupakan satu-satunya anak JnG yang masih tinggal di kampung. Dilahirkan pada 00/00/0000 telah berkahwin dengan Mohd Saree pada usianya 17 tahun.

Junainah Jaidi & Hamzah Sulaiman


Anak ke-3 dalam keluarga dan mempunyai kelebihan dan kepandaian dalam bidang masakan. Sebut apa saja jenis masakan...insyaallah dia tahu. Selain itu dia juga pandai menjahit baju tapi sekarang sudah pencen menjahit sebab mata dah tak "clear". Itulah kelebihan pemilik nama ini "Junainah" yang telah mempunyai 3 orang anak lelaki hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta "Hamzah Sulaiman".



Abg Hamzah ini juga mempunyai kepakaran dalam bidang masakan. Biasanya kalau ada kenduri merekalah akan jadi "chef". Selain tu minat dan hobi yang tidak dapat dipisahkan dari dia ialah main badminton dengan memacing. Ada je masa terluang itulah aktiviti yang selalu dibuatnya.



Dari hasil perkongsian hidup mereka selama 32tahun maka lahirlah "Mohd Rizal" yang kini sudah pun berumahtangga dengan "Suzilawati Mohd Shukri" dan mempunyai 2 orang cahaya mata yang comel, Mohd Haziq yang lahir pada 16/03/2006 dan Nurul Zulaikha yang lahir pada 09/10/2007 sebagai tanda bukti cinta mereka.



Anak ke-2 pula diberi nama "Mohd Syakir", masih bujang dan masih tinggal bersama kedua orang tuanya. Juga amat berminat dalam bidang sukan iaitu hoki. Selalu mewakili UPM dalam pelbagai jenis perlawanan.



Anak bongsu mereka pula sedang melanjutkan pelajaran di sebuah pusat pengajian tinggi. Diberi nama "Mohd Noranizam" dan merupakan sorang anak yang manja tapi kini terpaksa berjauhan dari keluarganya demi mencari ilmu.


Suzilawati merupakan menantu sulong dalam keluarga ini. Hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta Mohd Rizal, maka lahirlah 2 orang anak yang comel dan lasak, Mohd Haziq yang kini berusia 4 tahun dan adiknya Nurul Zulaikha berusia 3 tahun.

Jam'ah Jaidi & Mohd Isa Darus




____________________________________________________________


Jam'ah atau dikenali sebagai kak Jam atau di kampung dikenali sebagai kak ayuh merupakan anak ke-2. Dilahirkan pada 10/10/1955 dan kini menetap di Serdang. Telah berkahwin dengan lelaki idamannya Mohd Isa Darus.

____________________________________________________________


Abg Isa ni telah dilahirkan di Kedah pada 18/02/1959. Bekerja di Mardi, Serdang. Mempunya minat yang mendalam dalam bidang fotographer dan hobinya bermain badminton. Anak jati kedah ni memang tak boleh hilang logaht kedahnya....pekat.


Mereka telah dikurniakan 5 orang cahaya mata yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Anak sulongnya Noorshafareena dilahirkan pada 19/03/1982 dan kini bekerja di JPN Putrajaya.

Anak ke-2 pula Mohd Irwan dilahirkan pada 00/10/1985. Merupakan seorang yang sangat hyper aktif dan nakal ketika kecik. Tapi sekarang menjadi seorang yang sangat berbeza.

Khairul Amri pula merukan anak ke-3 dan telah dilahirkan pada 00/00/0000. Mempunyai minat yang sangat mendalam dalam sukan badminton, diwarisi dari abahnya.

Ernie Syakila pula merupakan anak ke-4 yang semasa kecilnya agak comot (jgn marah aaa) namun kini telah menjadi anak gadis yang cun melecun...hehehe...

Anak bongsunya walaupun sudah bersekolah menengah tapi tetap kelihatan kecil pada pandangan keluarga ini, maklumlah adik bongsu katakan. Amirul Hafizi nama yang diberi dan telah di lahirkan pada 06/08/1997. Tak tahu nak cerita pasal dia ni...

Mohd Pauzi Jaidi & Hamsah Hj Ramli


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
____________________________________________________________


Mohd Pauzi merupakan abang sulong, dikenali juga sebagai along atau abang mat. Dilahirkan pada 10/02/1952. Telah mendirikan rumahtangga dengan wanita pilihan keluarga Hamsah Binti Hj Ramli pada .....

___________________________________________________________


Kekasih hatinya ini yang merupakan menantu sulong yang dilahirkan pada 08/02/1955 dan beliau berasal dari Kg Parit Mat Ali, Kuala Kurau, Perak.
Mereka dikurniakan 4 orang anak yang sekarang sudah pun dewasa. Along sudah pun bersara dan kini tugas hariannya menghabiskan masa bersama cucu kesayangannya.

____________________________________________________________


Anaknya yang pertama, Mohd Rafizan dilahirkan pada 28/11/1976, sudah berumahtangga dengan Hasnawati Salleh yang telah dilahirkan pada pada 19/06/1981 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang comel, Nur Rajwa Hazwani pada 15/09/2009.

____________________________________________________________


Mohd Shahrizan merupakan anak kedua yang telah dilahirkan pada 31/12/1979. Masih single...

____________________________________________________________


Anak ketiga diberi nama Haizam yang merupakan anak paling 'comel' dalam ahli keluarganya. Dilahirkan pada 15/06/1983.

____________________________________________________________


Afidah pula merupakan anak bongsu n tunggal perempuan. Emmm terlebih manja ni...Masih solo but not single (dah ada bopren) dilahirkan pada 21/03/1986 dengan keadaan mata yang sepet...cam cinos le plak...

Jaidi Hj Bashri & Allahyarhamah Galoh Bt Idris

Ayah dan Ibu....ayah dan ibu...itulah permulaan kami. Untuk melihat bulan dan matahari.... Itulah antaran bait-bait kata dan lirik lagu Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Tapi kami memanggil Ayah dengan panggilan Abah, manakala Ibu dengan panggilan Emak..tapi aku panggil emak lain dari adik beradik yang lain. Aku panggil mami..rasa cam manja je. Ahakss..

Abah kami bernama Jaidi Bin Hj Bashri, di lahirkan di Perak pada tahun 1933. Kini sudah berusia 77thn dan alhamdulillah masih sihat. Abah berketurunan Banjar dan sekarang abah masih menetap di kampung kelahiran kami adik beradik di Parit Abas, Kuala Kurau, Perak.

Emak kami pula benama Galoh Binti Idris (tu ikut k/p), tapi nama sebenarnya Juwairiah Binti Sulaiman (biasalah orang dulu-dulu salah daftar masa buat k/p). Di lahirkan di Banting Selangor pada tahun 1931 tapi dibesarkan di Perak. Emak kami juga berketurunan Banjar. Hehehe..bangga jadi anak banjar... Emak kesayangan kami ni sudah kembali kerahmatullah pada 08/01/2006 pada usia 75thn sob...sob...sedih bila teringatkan dia tapi kenangan bersama allahyarham tak dapat kami lupakan sampai bila-bila. Jasa dan pengorbanan mak pada kitorang adik beradik tidak dapat kami balas, hanya Allah s.w.t yang dapat membalasnya. Semoga rohnya akan dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...Amin.

So...lepas emak dah takde abah kawin lain dengan wanita pilihannya sendiri. Nama makcik tu tak ingat le plak..Tapi kitorang panggil makcik je.