Followers
Monday, July 5, 2010
Intan Hadiyana Jaidi & Mohd Isa Yusop
Anak ke-13 dalam ahli keluarga ni diberi nama Intan Hadiyana. Nama dialah antara nama yang agak moden (ehmmm cam jeles je)dan dilahirkan pada 13/07/1975. Masa kecik hinggalah kebesar tak pernah dia ni kurus sehingga digelar Intan gemok. Tapi 2 tahun kebelakangan ni dia tiba-tiba je kurus hasil dari diet yang dilakukannya. Ramai yang tak caya tp itulah rialitinya (huhu jelesnya aku). Sudah pun berumahtangga dengan kekasih hatinya.
Mohd Isa Yusop nilah suami kak Intan ni. Dilahirkan di Telok Intan (nama intan lagi) pada 28/05/1974, merupakan anak bongsu dari 4 adik beradik yang kesemuanya lelaki. Hasil perkahwinan mereka lahirlah 3 orang cahaya mata yang comel dan putih gebu yang kesemuanya lelaki.
Anak pertama mereka, Mohd Arif seorang yang "comel" dan merupakan seorang abang yang sangat sayangkan adik-adiknya. Dilahirkan pada 06/05/2003 di hospital kajang secara caserian kerana kedudukan yang songsang. Arif memiliki kebijaksanaan dalam berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Mama dan abahnya kadangkala pening nak bercakap dengan dia.
Anak kedua pula Mohd Airil, dilahirkan pada 31/05/2006 juga secara caserian kerana kedudukannya juga songsang. Seorang yang sangat aktif dan juga kuat merajuk dan mengamuk (biasalah budak nak membesar).
Anak ketiga ini pula telah dilahirkan selepas setahun abangnya lahir iaitu pada 00/00/2007 juga secara caserian. Ketika dia masih bayi, rupanya seperti perempuan, mungkin sebab mamanya memang teringinkan anak perempuan. Tapi sekarang terserlah wajah kelakiannya dengan sedikit iras-iras anak myanmar..hehehe. Seorang kanak-kanak yang juga sangat aktif tapi kurang bercakap tapi sekali menjerit 1 taman perumahan boleh dengar.
Labels:
Anak cucu cicit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment