Followers
Monday, July 5, 2010
Junainah Jaidi & Hamzah Sulaiman
Anak ke-3 dalam keluarga dan mempunyai kelebihan dan kepandaian dalam bidang masakan. Sebut apa saja jenis masakan...insyaallah dia tahu. Selain itu dia juga pandai menjahit baju tapi sekarang sudah pencen menjahit sebab mata dah tak "clear". Itulah kelebihan pemilik nama ini "Junainah" yang telah mempunyai 3 orang anak lelaki hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta "Hamzah Sulaiman".
Abg Hamzah ini juga mempunyai kepakaran dalam bidang masakan. Biasanya kalau ada kenduri merekalah akan jadi "chef". Selain tu minat dan hobi yang tidak dapat dipisahkan dari dia ialah main badminton dengan memacing. Ada je masa terluang itulah aktiviti yang selalu dibuatnya.
Dari hasil perkongsian hidup mereka selama 32tahun maka lahirlah "Mohd Rizal" yang kini sudah pun berumahtangga dengan "Suzilawati Mohd Shukri" dan mempunyai 2 orang cahaya mata yang comel, Mohd Haziq yang lahir pada 16/03/2006 dan Nurul Zulaikha yang lahir pada 09/10/2007 sebagai tanda bukti cinta mereka.
Anak ke-2 pula diberi nama "Mohd Syakir", masih bujang dan masih tinggal bersama kedua orang tuanya. Juga amat berminat dalam bidang sukan iaitu hoki. Selalu mewakili UPM dalam pelbagai jenis perlawanan.
Anak bongsu mereka pula sedang melanjutkan pelajaran di sebuah pusat pengajian tinggi. Diberi nama "Mohd Noranizam" dan merupakan sorang anak yang manja tapi kini terpaksa berjauhan dari keluarganya demi mencari ilmu.
Suzilawati merupakan menantu sulong dalam keluarga ini. Hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta Mohd Rizal, maka lahirlah 2 orang anak yang comel dan lasak, Mohd Haziq yang kini berusia 4 tahun dan adiknya Nurul Zulaikha berusia 3 tahun.
Labels:
Anak cucu cicit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment